Selasa, 27 November 2012

Contoh-contoh ayat mengandungi kata adjektif

Lihatlah contoh-contoh ayat berdasarkan setiap jenis kata adjektif di bawah:

1. Kata Adjektif Sifatan/Keadaan
a. Budak baik selalu dipuji.
b. Orang itu curiga terhadap kejujuran kita.
c. Anak guru itu amat cerdik.
d. Pelajar yang pandai akan berjaya dalam hidupnya.
e. Pekerja itu menyiapkan tugasnya dengan gopoh.
f. Kesemua ahli pasukan itu lemah.
g. Tindak-tanduk pemain itu terhadap lawannya amat kasar.
h. Pegawai tentera itu sungguh berani.
i. Murid-murid itu amat takut akan anjing garang itu.
j. Pelatih-pelatih baharu itu cukup sihat.

2. Kata Adjektif Ukuran
a. Baju merah itu kepunyaanku.
b. Tubuhnya diselimuti kain putih.
c. Warna biru kegemaran ibu.
d. Daun-daun hijau tiada lagi di pokok itu.
e. Warna perang tidak begitu digemari orang.
f. Warna pakaian seragam kami ungu.
g. Ayah suka bersongkok kelabu.
h. Ayam jantan itu berbulu hitam.
i. Warna kuning warna diraja.
j. Selendang kakak berwarna jingga.

3. Kata Adjektif Ukuran
a. Jambatan panjang itu baru didirikan.
b. Pahlawan itu sentiasa berkeris panjang ke mana-mana sahaja dia pergi.
c. Bilik kecil itu mudah diurus.
d. Ayahnya bertugas di Pejabat Pos Besar.
e. Ketua pasukan itu tinggi orangnya.
f. Anaknya masih belajar di sekolah rendah.
g. Orang Eskimo sentiasa berbaju tebal kerana iklim negeri itu sejuk.
h. Lukanya dibalut dengan kain nipis.
i. Orang kerdil itu sedang berlakon.
j. Pokok itu renek kerana kekurangan baja.

4. Kata Adjektif Bentuk
a. Kemerdekaan negara itu tercapai hasil daripada satu perundingan meja bulat.
b. Bola ragbi berbentuk lonjong.
c. Kotak hadiah itu empat segi bujur.
d. Ada dua vokal bundar dalam bahasa Melayu.
e. Gasing leper kesayangannya telah pecah.
f. Jalan bengkok ke kota itu telah ditutup.
g. Garis lurus itu menembusi dua titik.
h. Perut Si Luncai buncit.
i. Tayar kempis itu segera ditukarnya.
j. Pemuda itu mudah dicam kerana berdagu lekuk.

5. Kata Adjektif Waktu
a. Ali ke kedai untuk membeli baju baharu.
b. Jalan lama ke kampung itu telah dibaiki.
c. Kanak-kanak suka makan makanan segera.
d. Kami tidak akan pergi kerana waktu amat suntuk.
e. Tiada kenderaan berenjin pada zaman silam.
f. Usah dikenang waktu yang lampau.
g. Mereka segera pulang kerana hari sudah lewat.
h. Ketibaan bas itu lebih cepat daripada jadualnya.
i. Jam dinding itu lambat setengah jam.
j. Tarikh pemergiannya terlalu awal.

6. Kata Adjektif Jarak
a. Rumah yang dituju itu sungguh jauh.
b. Tempat kejadian itu dekat sekali dengan rumah saya.
c. Rumahnya paling hampir dengan sekolah.
d. Kawan rapat saya belajar di luar negara.

7. Kata Adjektif Cara
a. Tindak balas orang tua itu sungguh cepat.
b. Pengaliran air sungai itu sungguh deras.
c. Motosikal laju itu direka khas untuk perlumbaan.
d. Orang lambat selalu rugi.
e. Pemain lincah itu berasal dari utara.
f. Gerak-gerinya amat perlahan.
g. Kemalangan jalan raya pada tahun ini amat sering berlaku.
h. Taklimat projek yang disampaikannya sangat jelas.
i. Dia gopoh dalam menjawab soalan peperiksaan.
j. Orang itu selalu benar datang ke sini.

8. Kata Adjektif Perasaan
a. Dia amat rindu akan emaknya.
b. Saya sungguh benci dengan kelakuan buruknya.
c. Gadis itu amat segan untuk bertanya.
d. Dia suka sungguh dengan perangai pemuda itu.
e. Anak kecil itu gembira sekali dengan permainan itu.
f. Kami semua amat kasih akan guru itu.
g. Anak raja itu berahi akan Puteri Bongsu.
h. Dia masih ragu terhadap kejujuran pembantunya.
i. Setiap rakyat harus cinta pada tanah airnya.
j. Ketua pejabat itu marah terhadap kecuaian keraninya.

9. Kata Adjektif Pancaindera
a. Masakan di kedai itu tidak semestinya sedap.
b. Minuman itu sungguh manis.
c. Mereka akan menyediakan makanan lazat.
d. Buah mempelam muda itu masam sungguh.
e. Pisang muda itu kelat rasanya.
f. Ubat pahit itu untuk demam malaria.
g. Air perigi di rumah saya sangat payau.
h. Dia suka makan air tawar.
i. Masakan ini terlalu masin.
j. Gulai itu tidak lemak kerana kekurangan santan.




68 ulasan:

  1. terima kasih tolong buat blog ni.siap gak homework.hehehehe....

    BalasPadam
  2. Tima kasih kaum ibu x pening lagi cari bahan

    BalasPadam
  3. Tima kasih kaum ibu x pening lagi cari bahan

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. terima kasih...akhirnya siap jgk kerja sekolah...hurmm x pyh pening2 fikir

    BalasPadam
  6. saya ada banyak lagi yang belum jumpa ni

    BalasPadam
  7. tak palah nak sambung cari pulak ni

    BalasPadam
  8. tapi terima kasih lah kawan yang beri tahu ada contoh ayat dekat laman web ni

    BalasPadam
  9. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  10. thank you๐Ÿ˜€๐Ÿ˜๐Ÿ˜Š☺

    BalasPadam
  11. Latihan yang bagus untuk semua murid

    BalasPadam
  12. kata adjektif jarak contoh 6 contohnya jauh hampir

    BalasPadam
  13. Thank you☺๐Ÿ”๐Ÿ”

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  15. boek arh bossku tq for this blog

    BalasPadam
  16. Terima kasih ya saya doakan anda dapat A dalam bahasa Melayu

    BalasPadam
  17. Memang bagus blok ni good joob

    BalasPadam
  18. Terima kasih๐Ÿ˜Š siap pun kerja sekolah....hihi meniru je Tau๐Ÿ˜œ...hihihi

    BalasPadam
  19. "Tepi" Tu kata adjektif tak?๐Ÿค”

    BalasPadam
  20. Terima kasih ya ....saya dah x risau untuk adik saya

    BalasPadam
  21. Terima kasih sebab bagi tau jawapan ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ˜˜๐Ÿคญ๐Ÿคญ๐Ÿคญ๐Ÿคญsaya tiru jer ....siap kerja sekolah saya

    BalasPadam
  22. Siap jugak kerja sekolah saya....Terima kasih sebab bagi contoh2 ni๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

    BalasPadam
  23. maaf saya mahu bertanya....saya tgk ada dua kata adjektif ukuran...x silap saya yg no.2 tuu kata adjektif warna kan

    BalasPadam
  24. Assalamualaikum nak tanya
    bagi ayat lurus...
    Apa kata adjektif nya ???

    BalasPadam
  25. No 2 tu bukan kata adjektif warna ke

    BalasPadam
  26. ๊ณ ๋งˆ์›Œ, ๋นจ๋ฆฌ ๋‚ด ํ•™๊ต ๊ณต๋ถ€๋ฅผ ์ค€๋น„ํ•˜์‹ญ์‹œ์˜ค ...terima kasih,siap juga kerja skolah saya๐ŸŒน

    BalasPadam
  27. Tetima kasih ,siap juga kerja sekolah saya ๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน

    BalasPadam
  28. Terim kasih ,siap juga kerjasekolah saya๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน❤️

    BalasPadam
  29. Hmm boleh tak tolong buatkan kata adjektif warna bentuk Dan waktu berdasarkan petikan pahit tetapi penawar... hihihihihihihihihi

    BalasPadam
  30. Terima kasih utk Cikgu, semoga Dibalas budi...๐ŸŒน

    BalasPadam
  31. ⓢⓐⓨⓐ ⓢⓤⓚⓐ ⓐⓟⓟ ⓝⓘ

    BalasPadam
  32. Good idea...btw tq sbb membantu❤️✨

    BalasPadam